Living my new life
Thursday, [0] Stalker



Hey Assalammualaikum guys. Aw i miss you guys so much. Im back. Lol. okay tak tahu nak buat apa, baru bangun actually. So macam rindu gila dekat blog, update lah kejap kan. hahaha. Okay i love my new life. I mean as a secondary student. It is great. Sekolah petang not bad actually. hahaha pagi boleh bangun lambat. lol.

And aku ada class french rabu and khamis. See lagu dekat my blog lagu french kauu. Hahaha susah sikit lah nak belajar sebab baru kan. Maybe dah lama lama nanti okay lah kot. And madame (cikgu nisha) sumpah awesome and gorgeous.

And aku demam sebenarnya ni. Tapi paksa diri untuk update. haha. Dah telan panadol 2 biji tadi. Semalam ya allah ya tuhan ku hujan lebat gila time balik. Memang aku rasa semua orang basah lenjun kot. Ye lah nak keluar sekolah bukan ada bumbung. Aku ni lagi teruk. 

Kena redah hujan sampai dekat bustop 7E tu. Aku kan ikut gate belakang yang tangga turun bukit. Aku memang tunggu dekat bustop 7E tu. Aisyah pulak tunggu van dia dekat masjid depan bustop tu, so dekat je lah. Jalan balik hari hari memang dengan dia.

Then nasib baik dia teman pergi bustop. Tapi van dia sampai awal. So tinggal lah aku seorang dekat bustop tu. Gentle menyirap. Sejuk gilaaaaaaaaaaa. Baju semua basah lenjun, kasut, buku, bag, pencil box, stocking, semuaaa lah basah. Mana tak demam lah kan.

Pukul 640 keluar sekolah. Then jalan sampai nak pergi bust stop tu lebih kurang 15 minutes juga lah. Dia jauh juga lah dari sekolah. Tapi tak ada lah JAUH sangat. Yang lama u cause banyak kereta susah cross semua. Dengan hujan lebat lagi. And pergi masjid tu dulu cause aisyah nak letak bag dia dulu.

Then pukul 7.00 dah duduk lah dekat  bustop tu. pukul 710 aisyah dah balik. Then pukul 725 baru atuk tu sampai. Memang tak meyirap lah pula kan aku tunggu dekat situ. Tapi tak boleh salahkan atuk tu juga. Ye lah hujan lebat semua mesti jam kan. Hmm. And buku buku aku semua belum kering lagi. Dengan demam ni hah lagi.

Hmm, tak tau lah pergi sekolah ke tak. Tadi call mama, mama cakap kalau tak larat tak payah pergi. Tapi tak nak ponteng sekolah lagi. Hmm, Oh and semalam aku ada buat presentation science tau. Alhamdulillah semua okay. Seriously im so proud of myself.

Actually aku ni orang yang malu nak cakap depan orang or public tau. Cause idk malu lah. Tapi semalam aku dah cakap dengan diri aku sendiri lah kan aku nak present nak daat band 6 juga. Ala tapi present dengan classmates je.

Aku dengan budak budak tu bukan malu sangat. Diorang tu sporting tak ada lah nak malu sangat. Cuma nervous sikit lah. Hopefully dapatlah band 6, lulus. Okay lah aku tak larat nak type lagi. Pening kepala. Harini nak rest je. Bye uolls. Assalammualaikum <3


Its my birthday and i.....
Sunday, [0] Stalker




Assalamualaikum and hello guys. its been a while since ive been updated my blog. Yea as usual busy lah dohh. Lol. Pbs. You know right. Homework jangan cakap lah sumpah banyak gilaaaa. Ugh. Cikgu sehari tak sah kalau tak bagi homework. Bagi sikit tak apa tau, ni haaa berlambak, berpage page.

Ohmygod what am i doing? haha dah terpesong daripada tajuk. Okay just cut the crap. ITS MAA BIRTHDAY NIGGASS. hahaha. Bak sini hadiah. Hahaha. Okay lets sing happy birthday song together. 1,2,3. happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthdaAAYY to zakirah. Happy birthday to meeee. 

Yayyy tepuk tangan. But........ right now actually i tengah demam you allss. And dah 2 kali pergi clinic. Tak elok elok lagi. Hmm... ON MY BIRTHDAY pula tu. So maybe celebrate next time. i know, its so sadd. Start demam ni hari rabu. Masa tu dekat sekolah. Pakai baju pengakap yang boleh tahan lah panas nya. Then lakai tundung warna kelabu tu masuk dalam baju bagai.

so macam rimas tau and panas bagai semua. Then jadi pening and badan rasa tak sedap. Nasib baik ada hayati. Ohmygod sayang gila dekat hayati. She's my hero lah. Hahaha. Dia minta ubat angin cap kapak tu lah dengan cikgu diani. Time tu dalam makmal science.

Then sapu dekat dahi, dada semua rasa okay sikit lah. Then sebelum kitaorang pergi solat asar, aku dengan hayati tukar tudung. Hayati nak. Sebab dia pakai tudung bawal. So dah tukar aku dah rasa lega sikit sebab sejuk kan pakai tudung tu tak payah nak masuk dalam bagai.

Then nasib baik tak terlepas rakaat pertama. Kitaorang lambat sikit turun surau. Tapi kitaorang dah ambil wuduk dekat dalam toilet tu siap siap. And hari isnin maybe tak pergi sekolah. Cause dah dapat mc semua. tengok lah kalau larat pergi. Thats all bye guys x


2013, New life.

Photobucket

Hello, Assalammualaikum people. Well as usually, weekend yang sangat bosan. Seriously tak ada benda nak buat. So menghadap laptop je lah. Ayah asyik guna mac je so terpaksa guna lappy. And notice my new header? lol. Tak ada benda nak buat so edit blog je lah. Oh and aku lupa nak update 2013 post.

Seriously lupa. Ye lah sekolah pun dah start so busy dengan homework, pbs and other stuffs. So sekarang tengah free boleh lah update 2013 post! Well, new year. New life. New school. New friends. New hopes and In Shaa Allah New me. Ceh. hahaha.

Seriously, aku form 1. lol. And secondary school? It was fine. Smk jalan 3. 1 Budiman pun okay gak budak budak dia. Tapi maybe baru baru lagi so classmates diaorang macam malu kot nak tegur or something. Tapi so far tengok diorang pun okay lah.

Cuma yang tak suka dia, time balik sekolah confirm ada budak gaduh. Budak lelaki lah of course. Bertumbuk segala bagai. Sampai berdarah semua. Yang tak tahan tu budak besar lawan budak kecil kerempeng keding. Dah boleh agak siapa yang kena belasah teruk kan.

Tapi yang tak boleh bla, nak gaduh dekat situ. Dekat pintu tangga belakang, tah susah pulak nak explain tempat tu. Lol whatevs. And aku rindu member aku yang masuk jess. Gosh Alhaan, Tasya, Aminah, Amirah Rahimi, Umai. Diorang plan nak jumpa. Tapi tak tau bila.

And diorang ajak pergi jeps. Tapi aku cakap tunggu bulan march or april lah. Bila rasa rinduu dekat jeps. Ye lah baru keluar dari jeps kot, takkan lah nak melawat pulak. Tunggu lama lama sikit lah. Rindu dekat junior! Shaheera Azli, i miss you gemuk.

And cikgu cikgu. Lol ustaz nik. Hahahahhaa. Teacher Nora, Noraini, sumpah rinduu. And tangga!! Tempat yang hari hari lepak, makan dekat situ, kejar kejar, ada yang main bola, sepak takraw bagai lah. And SOFTBALL! The jerseys! God! 

Merayau satu sekolah masa cikgu tak masuk. Round satu sekolah buat announcement pasal koko and stuffs. Ponteng class duduk dalam toilet, Eh tu time darjah 5 ehh, darjah 6 dah insaf sikit. lol. Then snap pics banyak banyak buat funny faces. 

Menyanyi terpekik terlolong dalam class, dekat tangga and dalam toilet. I just miss those things so much! I miss doing stupid and boring things with them. I just miss them so much. I miss those stupid conversation and jokes. I miss the 'minah banjir' tudung style. 

But now, seriously dah tak boleh buat benda benda tu semua. Gila ke, karang senior pandang macam kita ni tak betul pulak. Lol. Lagipun its time for us to change. You know, dah form 1, so just ubah lah, bukan ubah apa, ubah perangai. Bukan nak cakap perangai kitaorang teruk ke apa,

Just be mature, act mature. Yknow.. Oh and lunch tadi sumpah best! Ketam mama masak dengan ikan siakap steam memang terbaikk ahh! And nak buat homework ni, berlambak okay. Hahaha mood tengah rajin ni. Haha, okay guys, Bye Assalammualaikum x


Trip to Jakarta/Bandung.
Tuesday, [0] Stalker

Photobucket
Asalammualaikum hellooo guys! Alhamdulillah semalam pukul 2am selamat sampai rumah from LCCT Airport. Actually tak pergi sangat pun Jakarta. Landing dekat airport jakarta. Then terus gerak pergi Bandung. Spent time memang semua dekat Bandung. Ayah cakap next time pergi Jakarta je.

But seriously, Indonesia ni memang tempat dia sesak! Highway dia sentiasa "Macet" hahahaha jam. Well pergi sana haruslah belajar bahasa disana yaa. Hahahaha. Dari airport Jakarta pergi Hotel kitaorang, Cihampelas Hotel, dekat 6 jam! Sebab jalan jam.

Tapi memang dekat situ sesak gilaa. Ye lah, ayah cakap penduduk dekat situ 257.516.167 juta okay! lol search dekat google. Hahaha. Penduduk dekat sini baru about 23 juta. And dekat situ ramai orang minta sedekah and meniaga dekat tepi tepi jalan. Eh dekat tengah jalan pun ada! lol. Serious ramaii. 

Lol, bak kata ayah, ramai penjual daripada pembeli. Actually pergi sana bukan family aku seorang je, Ada kawan ayah and family dia and kawan mama dua orang, diorang anak dara lagi. Hehe. And aku shopping tak ada lah banyak mana. Tapi banyak lah jugaaa. hahahaha. 

Sebab barang barang dekat situuu murah! Malaysia mana dapat harga murah macam tu. Tapi kalau nak baju yang lawa lawa kena pergi factory outlet dia yang betul betul. Kalau pergi dekat pasar baru, bandung, dia tak ada apa apa sangat. No i mean, ada tu ada, belambak kasut, baju and stuff.

Tapi tak lawa sangat lah. Ye lah fashion macam orang dekat sana lah kan. Aku shopping sakan dekat Rumah mode. Dia macam rumah baglo, tapi dijadikan kedai. And apa lagi tah nama factory outlet dekat situ. Then kitaorang pergi Tangkuban Perahu. Aku pun tak tahu lah nak describe tempat tu macam mana.

Dia ada gunung berapi, tapi gunung tu dah tak active. And tempat dia sejukkkk gilaaa. Dah lah kitaorang pergi pagi pagi. Tapi lawaa lah tempat dia. Aku malas nak upload dekat facebook, nak tengok pergi instagram aku. Lol. And dekat situ ada masjid diorang. Tapi masjid tu pelik sikit.

And dekat situ banyak lah orang meniaga. Jual keychains, fridge magnets, scarves, etc. Tapi ayah kata jangan beli dekat situ, sebab harga dia mencekik. Memang betul pun. Masa ayah pergi dulu lagi lah mahal, then dia paksa paksa kita beli bagai. Sekarang okay sikit.

Then, kitaorang ada pergi Kampung Daun. Whoa dekat situ memang lawa gilaa. Kampung dia memang penuh lah dengan daun. Ada pondok and stuffs. Ala nanti korang tengok lah gambar dekat instagram aku. Lol kalau nak lebih tau kecantikkan tempat tu lol. Kampung dia ada restaurant lah. 

Sambil makan boleh lah tengok nature yang lawa tu. Tapi kitaorang tak makan lah dekat situ. Ada waterfall juga. Then kitaorang pergi tempat ni, ala susah nak explain. and lupa apa nama tempat. Dia macam kolam air panas boleh rendam kaki semua.

And kitaorang try satu kolam ni, ya allah sumpah panas gila air dia, orang tu cakap air tu boleh rebus telur. And aku try lah celup sikit kaki aku dalam tu, then panas gila aku tak nak lah masuk, tapi orang tu cakap try je dulu lama lama nanti okay. Yup memang betul, aku tahan punya tahan, lama lama dah tak rasa panas sangat.

Tapi keluar je dari tempat tu merah menyala kaki! hahahaha. Aunty Ros, kawan mama tu punya paling merah. Orang tu cakap kalau yang merah tu banyak toxic. Lol.Tapi time dekat situ kitaorang kena tipu. Okay macam ni, ada orang jual ice cream. Then ayah beli lah, bagi semua orang.

Then dia kata harga semua tu 400 ribu rupiah. I was like wtf? kalau rm harga dia rm 100. Gila ke makan ice cream sampai rm100? Kalau baskin robbin tak apa lah juga ni? Ice cream apa je. Patutlah time nak beli tu, dia main bagi je semua orang. Bagi ice cream yang mahal pulak.

Ayah pun tak tanya dulu harga dia berapa. ye lah tak expect pulak dia cekik sampai 400 rp. Bayangkan satu ice cream 30 ribu rp bersamaan rm10 seorang? gila kan? ice cream bukan sedap sangat pun. Then  kitaorang pergi luar orang yang jual ice cream yang sama, dia jual 15 ribu rp.

Dia naikkan double harga ice cream tu. Srsly tak puas hati betul. lol. Then pergi tokoh tiga. Dia jual jeans levi's. Harga dia standard harga sini je. Then last day, pagi pagi dah gerak pergi Jakarta balik. Flight kitaorang pukul 8 malam. Tapi flight aunty ijat and aunty ros pukul 3.

So kena gerak awal lah, buatnya jam terus tak balik malaysia nanti. Then gerak pukul 8 pagi sampai pukul 10. Haa 2 jam je, masa datang tu 6-7 jam baru sampai sebab jam. Then pergi Mangga 2, dia macam shopping mall lah. Beli casing phone je dekat situ. Bukan casing, dia macam pouch macam tu lah.  Oh and beli baju batik for raya nanti. lol.

Then pukul 3 gerak pergi airport. So kena tunggu 5 jam wehh dekat situ sebab flight pukul 8 kan. Then lepak lah dekat cafe dalam tu. Pukul 8 masuk, then hujan. Lepas tuuuuuu, flight DELAY! Sebab cuaca kurang baik. Macam haremmm. Kena tunggu sampai pukul 11. Then sampai LCCT airport pukul 1.

Btw, aku beli giant mentos dekat kedai dalam airport tu. Hhahahaa. Comell je. Then sampai rumah pukul 3. Then badan aku semua gatal habis, kepala semua lah melekit. Then mandi kejap. Weh, bayangkan dan 4 hari beturut turut, mandi sehari sekali je. lol. sebab malas and tak selesa.

Then pergi jalan jalan satu hari, pakai tudung semua. lol tu pun nak cerita. Eh sukahati lewwww. Hhaahhaha. Okay lah nak out. Dah lenguh tangan ni type. Nak patah. Thank you for wasting yr time reading this entry. I love you guys. Assalammualaikum x



Disclaimer
Welcome to my world


Hello Hi. Welcome to Princess Rawrr. I dont used to "follow me, i'll follow you back". Hate my blog, fine. We almost always see only what's wrong with other people and not what's wrong with us. Best view Google Chrome

Le owner Le stuff Le entry

Taggie Board
Tell me something fun



Music Here
Music describes what words cant

Shut up and enjoy the music



Twitter | Facebook | Tumblr